PELAKON Zahiril Adzim meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pembekal pakaian dari Indonesia.
Kata Zahiril, kesemua baju yang dihantar oleh syarikat berkenaan tidak boleh dijual kerana kualitinya teruk dan tidak memuaskan hingga mengakibatkan dia kerugian RM6,000.
“Kami sebelum ini menggunakan khidmat syarikat pengeluar baju yang okay, cuma benda jadi, saya pun tidak boleh kata apa-apa sebab mula-mula mereka janji manis pada kami boleh buat itu dan ini.
“Kami mula rasa sangsi apabila syarikat tersebut mula meminta duit kepada kami walaupun sudah bayar 50 peratus, tapi bila sudah siap dan barang sampai kualiti sangat teruk atau bahasa kasarnya sampah.
“Cuma ralatnya apabila saya baru mula berniaga, itulah modal yang ada jadi bila kena tipu dekat enam ribu macam ini rasa terduduk kejap,” kata Zahiril kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI