suria

Azal dah jumpa ‘crush’ tapi Zarina Zainuddin belum sedia lepas anak autisme

PELAKON Zarina Zainuddin memberitahu masih belum bertemu gadis yang sesuai untuk dijadikan calon isteri buat anak lelakinya iaitu Muhammad Raizal Azrai, 25.

Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohammad Zainuddin, 52, berkata meskipun anaknya ada menyatakan hasrat untuk bercinta namun dia tidak membenarkan kerana bimbang wanita itu tidak ikhlas menerima anak istimewanya itu.

"Saya mungkin tidak benarkan kerana setakat ini belum jumpa lagi wanita yang benar-benar ikhlas untuk bersama dengan Azal... saya memang selalu dengan Azal, kalau dia minat pada seseorang pun dia akan cerita dengan saya.

"Sebelum ini dia ada nyatakan hasrat minat pada seorang pelakon wanita bernama Mimi Erninda dan malu-malu ketika berjumpa tapi Mimi pun faham serta anggap macam adik dan kakak.

"Umur Azal tahun ini berusia 26 tahun, bagi saya, dia perlu mencari seorang wanita yang memahami keadaan dirinya, kena terimanya seadanya dan Azal juga sangat memilih kerana hanya mahukan wanita cantik sahaja,” kata Zarina Zainuddin kepada mStar.

Selain Azal, Zarina juga memiliki seorang lagi anak lelaki yang merupakan kembar Azal iaitu Azil juga menghidap autisme.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi