suria

“Terima kasih mStar” - Zamani syukur rezeki mencurah-curah, terharu ramai sayang… Bersedia jalani pembedahan

PENYANYI Zamani Slam terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana ingin membuat persiapan akhir sebelum menjalani pembedahan tulang belakang pada November ini.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 52, bersyukur ramai pihak menghulurkan sumbangan dan menawarkan tawaran menyanyi selepas cerita mengenai penyakitnya itu tular di media sosial.

“Saya anjakkan waktu pembedahan pada bulan November sebab sudah terambil show sehingga bulan Oktober jadi saya perlu laksanakan tugasan terakhir ini sebelum melakukan pembedahan.

“Tapi sekarang ini saya sudah mula kurangkan dan tidak menerima mana-mana tawaran menyanyi lagi.

“Semakin banyak tawaran yang diterima selepas mereka tahu keadaan saya. Sekarang saya tidak boleh mengambil kesemuanya, terima kasih kepada mereka yang prihatin dan sayangkan saya,” katanya mStar.

Zamani ditemui semasa siri Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor pada Sabtu lalu.

Zamani menderita penyakit skoliosis sejak 2015 sehingga menyebabkan perubahan pada fizikal badannya yang kini semakin membengkok.

Terkini tulang belakang penyanyi Mentari Muncul lagi ini mula mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi