KUMPULAN Masdo melebarkan sayap ke Indonesia dan menerima sambutan hebat peminat di negara seberang.
Menurut Ali yang merupakan vokalis kumpulan Masdo, mereka merancang untuk mengadakan persembahan di seluruh negeri di Indonesia.
“Alhamdulilah ini memang rezeki buat kami dan datang secara tiba-tiba, ini memang peluang keemasan untuk Masdo jual muzik di Indonesia dan juga kembangkan sayap di Singapura, dan Brunei.
“Julai lalu, kami baru sahaja pergi ke sana. Antara lokasi yang kami sudah buat persembahan adalah Bandung, Medan, Jakarta dan selepas ini akan ke Markasa, Surabaya, Bali, Jogjakarta,” kata Ali kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI