suria

Pengalaman membesar di set penggambaran buat Wafiy Ilhan minat jadi pengarah, mahu ikut jejak langkah Syamsul Yusof

PELAKON dan penyanyi Wafiy Ilhan memberitahu dia kini sedang mempelajari ilmu baharu berkaitan penerbitan dan pengarahan.

Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafiy Ilhan Johan, 20, berkata impiannya itu bakal direalisasikan tidak lama lagi apabila pihak Astro memberikan keizinan untuk dia mengarah beberapa projek akan datang.

“Sekarang ini saya secara perlahan-lahan membuat skrip dan InsyaAllah akan menerbitkan serta mengarah cerita sendiri... tapi belum pasti lagi bila akan ditayangkan.

“Untuk permulaan ini saya akan mengarah genre yang lebih ringan seperti komedi, kekeluargaan, fantasi sebab ini memang minat saya.

“Alhamdulilah pihak Astro memberi peluang kepada saya untuk mengarah dan sekarang ini masih lagi memilih cerita serta idea yang terbaik,” kata Wafiy kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi