suria

Penangan Khairul Aming, ramai beratur panjang demi nasi lemak RM1… rupanya ada cerita di sebalik nama ‘Bang Sudu’

BERNIAGA nasi lemak dengan harga RM1, pemuda yang mesra dengan panggilan Bang Sudu terkejut impak kehadiran selebriti media sosial, Khairul Aming yang sudi mencuba makanan jualannya.

Kata Bang Sudu atau Muhammad Fazrie Haiqal Faizal, 24, kehadiran Khairul Aming itu telah memberi impak yang sangat luar biasa terhadap perniagaan nasi lemak miliknya itu.

“Saya pusing je tepi tengok eh ada Khairul Aming. Saya terkejut dan dia pun dah record siap-siap.

“Cumanya, saya tak bersedia untuk impak besar yang dibawa olehnya itu.

“Ramai sangat beratur keesokan hari dan saya tak jangka macam itu dan banyak juga cabaran dan kekurangan yang saya terima tapi nanti saya akan perbaiki,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Bang Sudu juga berharap dalam lima tahun akan datang rata-rata masyarakat di Malaysia boleh merasai sambal nasi lemak yang dijualnya.

“Saya tak mahu bermimipi besar tapi kalau boleh dalam lima tahun akan datang semua orang boleh rasa sambal saya.. itu saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi