suria

Belum ‘settle’ isu tak bayar hutang, timbul pula tuduhan main santau… Shahir tampil cerita hal sebenar

TIDAK benar! Selepas beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi tampil menafikan dakwaan dia berhutang dengan sebuah syarikat rakaman.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata dia terpaksa mendedahkan cerita sebenar kerana bimbang isu ini menimbulkan fitnah.

“Mana mungkin... tiada perbincangan, tiada hitam putih dan tiada perbincangan mulut pun dengan saya.

“Tiba-tiba keluar (cerita) dan minta claim dengan saya harga yang mereka nak, tak bolehlah macam itu!

“Dahulu saya hadap perkara ni sendirian saya mungkin malas ambil tahu, tapi disebabkan saya ada bakal keluarga mentua dan bakal isteri yang perlu saya jaga, jadi saya perlu mempertahankan diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahir turut menjawab komen ditulis seorang netizen di Instagram mendakwa Shahir menghantar santau kepada sahabatnya yang ingin menuntut hutang.

“Saya banyak kekurangan. Kalau dia cakap macam itu tak ada apa kot sedangkan nabi pun difitnah, apa la sangat saya.

“Saya hanya mampu tersenyum, semoga mereka diberi hidayah oleh Allah,” jawabnya.

Dalam perkembangan lain, Shahir bersama rakan artis nasyid antaranya NadaMurni (Rabbani & Hijjaz) Akhil Hayy dan Nazrey Johani akan beraksi di Konsert Nasyid Lagenda pada 29 Oktober 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi