suria

Dua tahun ‘menghilang’ sampai padam IG, akhirnya Tania Hudson aktif semula media sosial demi kerjaya

PELAKON Tania Hudson memaklumkan dia menyepi daripada industri hiburan buat seketika atas faktor kesihatan kurang baik.

Tania atau nama sebenarnya Tania Nadira Mohd Redzuan, 37, turut memberitahu dia menyahaktif akaun Instagram kerana mahu memberi fokus kepada penjagaan kesihatan.

“Sebenarnya bila saya hilang dalam tempoh dua tahun lalu, tapi saya masih berlakon cumanya tidak mengambil tawaran berlakon yang banyak dan hanya ambil tawaran tertentu dalam masa setahun.

“Saya sentiasa sibuk bekerja tapi dalam masa yang sama sibuk juga menjaga tahap kesihatan mental dan fizikal... tapi kalau saya tak berlakon, masih ada pekerjaan lain yang dilakukan.

“Secara jujurnya saya padam akaun Instagram lama dan bukannya kena hack, akaun baharu ini ibarat macam identiti baharu saya.

“Sekarang ini tengah ambil mood untuk kembali aktif ke media sosial kerana rupanya sangat penting buat kerjaya saya sebagai pelakon,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi