suria

Anas Ridzuan belum terfikir jadi penyanyi, imbau kenangan dididik Faizal Tahir 10 tahun lalu

SELEPAS 10 tahun memasuki industri hiburan melalui program realiti Mentor musim keenam, pelakon Anas Ridzuan masih belum terfikir untuk kembali ke bidang nyanyian.

Meskipun lebih aktif sebagai pelakon, Anas, 33, berkata dia menghargai jasa mentornya iaitu penyanyi Faizal Tahir yang banyak mengajarnya mengenai dunia hiburan.

“Saya belajar semua perkara daripada gerak, bagaimana nak bercakap dengan media, keterampilan depan orang, bercakap depan orang semua diajar oleh Faizal Tahir.

“Dan saya sebenarnya kalau ikut 10 tahun dulu jasa tersebut tak dapat dibayar sebagai cikgu saya.

“Pengorbanan cikgu itu tidak terbalas, itu pandangan saya tentang Faizal Tahir,” katanya kepada mStar.

Anas antara pelakon yang membintangi Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa bersama pelakon hebat lain seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi