suria

Banggakan Malaysia pun kena kecam! Kaka Azraff ‘sekolahkan’ netizen tak puas hati muka terpapar di ‘Billboard’ New York

PENYANYI Kaka Azraff menjadi mangsa kecaman netizen selepas fotonya menghiasi billboard atau papan iklan gergasi di Times Square New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kesal dengan tindakan itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, meminta netizen tidak melampau dalam melontarkan pandangan dan lebih berjaga-jaga dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

“Sebelum ini kalau gambar artis lain berada di papan itu saya bangga sebab kita membawa nama negara dan untuk berada di papan iklan tersebut mungkin ada yang cakap ia biasa tapi sebaliknya tidak bagi saya.

“Kamu kena ada sesuatu untuk berada di situ, lagipun bukan senang sebab 10 tahun dalam industri ini pencapaian buat saya... bila lihat gambar tu berada di papan iklan jadi dapat menaikkan semangat untuk saya jadi lebih keyakinan.

“Anda semua tolonglah lebih terbuka! Ini tidak asyik nak kecam saja sebab kalau berterusan macam ini sampai bila negara kita nak maju... cara anda semua tu seolah-olah menjatuhkan negara dan semangat seseorang yang berjuang menaikkan nama negara supaya lebih dikenali,” kata Kaka kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi