suria

Tergelak dengar cerita Bahroy, katanya tak pernah ‘target’ nombor 3… “Kami hanya nak enjoy atas pentas”

KUMPULAN Bahroy mengakui pada awalnya mereka hanya menyasarkan kedudukan tempat keempat dalam Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).

Kata Nizam Jentik-Jentik, selepas berjaya memasuki pentas akhir MLS3, mereka tidak memikirkan tentang kemenangan sebaliknya hanya mahu menghiburkan penonton.

“Sasaran kami sebenarnya memang nombor empat, kami kata nombor empat memang dah dalam tangan jadi kita enjoy jela.

“Tiba-tiba dapat nombor tiga Alhamdulillah kami berysukur.

“Bila kami target nombor empat, kami nak juga rasa menang atas pentas waktu tu jadi kami buatlah persembahan kami menang nombor satu tu,” katanya kepada mStar.

Bahroy menduduki tempat ketiga dalam MLS3 kali ini manakala juara berpihak kepada kumpulan Ubi sementara naib juara disandang kumpulan Cili.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi