INFLUENCER Ceddy Ang mendedahkan dirinya sering menjadi mangsa kecaman segelintir netizen di media sosial.
Kata Ceddy, 34, dia berasa pelik apabila ada antara mereka membuat serangan peribadi untuk isu yang tiada kena mengena dengan dirinya.
“Kalau ada netizen tak setuju dengan saya mereka akan kata saya pondan.
“Tiba-tiba je serangan peribadi kepada saya.
“Bila mereka kata begitu, ianya macam tiada kena mengena dengan situasi,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Ceddy sempat mengulas mengenai perwatakan dirinya yang dikatakan seiras pengacara Azwan Ali.
“Azwan Ali lagi berani daripada saya, saya nak carut pun kadang-kadang saya fikir dulu orang tu akan saman saya atau tak.
“Tapi Azwan Ali tak peduli, kalau dia nak hentam dia terus hentam je,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI