suria

Tangguh rawatan IVF! Hazama mahu ‘enjoy’ dulu sebelum isteri mengandung, reda rezeki zuriat

PENYANYI Hazama memberitahu dia dan isteri iaitu Genervie Kam menangguhkan hasrat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan anak sebelum ini.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 38 berkata keputusan itu dibuat atas faktor kekurangan sumber kewangan dan kekangan masa.

“Belum buat lagi, saya tak masyuk la lagi pun tengah menunggu je, kalau ada duit memang terus buat je sebab lagipun saya memang tengah sibuk dan isteri pun sama sibuk dengan perniagaannya.

“Perancangan saya mungkin tahun depan untuk buat semula rawatan tu, sekarang ini kita enjoy zaman bujang dulu bukan apa risau kalau dapat anak nanti banyak aktiviti tak boleh buat.

“Saya reda dengan segala ketentuan yang tuhan tetapkan sekiranya ada rezeki, lagipun saya dah isteri sudah lakukan pelbagai kaedah untuk dapatkan anak,” kata Hazama kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi