suria

Bukan kali pertama muka dan nama tiada dalam poster filem… Pablo Amirul lebih utamakan kualiti lakonan

PELAKON Pablo Amirul memberitahu dia tidak terasa hati meskipun nama dan wajahnya tidak berada dalam poster filem terbaharu lakonannya berjudul Deleted.

Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 37, berkata perkara ini sering terjadi dan dia tidak menggangap isu ini satu masalah yang besar buat dirinya.

“Selalunya kalau pelakon tiada nama atau gambar muka di poster pasti akan sentap dan anggap adakah kurang penting dalam filem... tapi bagi saya itu tidak penting kerana yang lebih utama adalah sewaktu tayangan, ada tak muka saya nanti?

“Saya ada bertanyakan perkara ini kepada pihak produksi dan setelah mendengar jawapan rupanya ada kesilapan daripada pihak mereka.

“Saya tidak kisah dan mungkin ini adalah salah satu strategi pemasaran ke,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi