suria

Bersentuhan dalam drama, Sharifah Rose lakon babak ‘sweet’ supaya penonton tidak bosan

PELAKON Sharifah Rose menerima kecaman netizen apabila aksi lakonannya bersama Nabil Aqil dalam drama Ku Punya Hati dilihat terlalu mesra dan kurang sopan.

Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23 berkata babak itu dilakukan atas persetujuan bersama dan dia tahu menjaga batas sebagai wanita berhijab.

“Niat Rose untuk berlakon itu hanya sekadar lakonan semata-mata, tak ada la pegang yang extreme pun, perkara logik sebab kalau nikah memang akan salam dan bersentuh.

“Rose ada beritahu kepada pengarah abang Azmi Hatta untuk elak babak bersentuhan sebab imej saya bertudung dan dia pun faham.

“Lagi pun setiap aksi yang dibuat itu hasil perbincangan dan persetujuan semua pihak dan perkara yang kecil-kecil itu mungkin okay sahaja,” kata Rose kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi