suria

‘Terkucil’ nyanyi live, Keisya Levronka terlalu gementar sampai hilang nafas… Bakal duet lagu baharu dengan Nabila Razali

PENYANYI dari Indonesia, Keisya Levronka mengakui terlalu gementar hingga persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 kurang memuaskan.

Menyedari bakal menerima kecaman daripada penonton, Keisya berkata dia enggan ambil pusing dengan apa jua kritikan atau komen negatif netizen.

“Ya, sangat gementar, saya terlalu teruja dan gembira sampai tak tersusun nafas. Saya bersedia dengan apa sahaja komen orang.

“Apa pun orang nak kata, kita sendiri perlu bijak mengawal diri. Kita tak banyak tangan untuk menutup mulut orang, tapi kita ada dua tangan untuk menutup telinga... fokus memperbaiki diri.

“Biarlah orang kata apa sahaja... saya selalu baca komen dan mesej serta video jahat orang, tapi sedikit tak masuk di hati saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Tak Ingin Usai ini juga memberitahu dia bakal melancarkan lagu duet bersama penyanyi Malaysia iaitu Nabila Razali tidak lama lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi