suria

“Kami nak fight dengan Jaclyn Victor” - VE janji persembahan mingguan di pentas GV9 setaraf konsert

MENYERTAI program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebagai platform terbaik untuk ‘comeback’, Kumpulan Voices of Euphonious atau VE berkata mereka mahu terus aktif berkarya dalam industri muzik.

Kata Adeep atau nama sebenar Abdul Mutalib Nahar, 44, mereka akan melakukan persembahan terbaik sepanjang menyertai program ini dan meletakkan soal rezeki kepada Allah SWT.

“Mana tahu kami kumpulan pertama yang menang GV9.

“Rezeki itu Allah yang tentukan... kami hanya mahu beri yang terbaik. Terus berusaha dan kalau diizinkan Allah insyAllah kami ke final.

“Kalau tak ke final pun kami bersyukur dan terima ketentuan ini,” katanya kepada mStar.

VE adalah satu-satunya peserta berkumpulan daripada 13 peserta yang menyertai GV9 yang akan memulakan saingan pada 18 September 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi