suria

Saling memahami! Isteri tak halang Zahiril Adzim minat aktiviti ‘ride motor’… “Sebenarnya Shera lebih lasak dari saya”

PELAKON Zahiril Adzim mengakui kehidupan berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Kata Zahiril atau nama sebenar Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 38, banyak cabaran dalam alam perkahwinan namun asbab doa keluarga dan orang ramai menjadikan ikatan hubungannya dengan Shera Aiyob masih kekal sehingga sekarang.

“Alhamdulillah kami ni mungkin masih bersama di atas doa-doa mak, ayah, adik beradik, keluarga dan peminat pun banyak mendoakan kami.

“Jadi saya berharap sangat-sangat doakanlah kami untuk terus bersama untuk hadapi apa sahaja cabaran hidup berumah tangga.

“Cabaran rumah tangga ni macam-macam tapi kami masih bersama Alhamdulillah sebab doa dari orang ramai,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Zahiril mendirikan rumah tangga bersama Shera pada 20 November 2011.

Dalam pada itu Zahiril turut berlakon di bawah filem arahan pertama Liyana Jasmay iaitu Cikgu VS Hantu yang akan ditayangkan di Astro First mulai 8 September 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi