suria

Saling tak tumpah macam Mr. Os! Dewa Arteh jadi tempat peminat lepas rindu arwah bapa… “Dulu saya tak minat melawak”

ANAK keempat kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Dewa Arteh mengakui bimbang apabila peminat meletakkan harapan tinggi terhadapnya untuk menyambung legasi bapa sebagai pelawak.

Dewa atau nama sebenarnya Mohd Hafizul, 26, berkata sehingga kini peminat masih menyamakan dirinya dengan arwah bapa tambahan pula memiliki suara dan rupa hampir sama.

“Itulah payah juga sebab saya sudah cuba untuk hilangkan indentiti itu dan buat cara lain tapi sebab suara serta rupa kami seakan-akan.

“Pernah satu ketika sewaktu dalam program Mencari Sepahtu Yang Hilang dan Sepahtu Reunion saya cuba karekter lain tapi ditegur kerana nampak seperti dibuat-buat, jadi terpaksa menjadi diri sendiri seperti sekarang ini.

“Ramai juga yang meminta untuk saya nyanyikan lagu bapa mungkin sebab mereka rindukan arwah... bagus juga sebab dapat lepaskan rindu itu, ” kata Dewa kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi