suria

12 tahun bergelar pelawak, Chiwan dah penat… luah hasrat mahu jadi penyanyi

PELAWAK Chiwan Chilok meluahkan hasrat untuk menjadi tenaga pengajar dan mencurahkan ilmu kepada bakat baharu dalam bidang komedi.

Chiwan atau Mohd Azwan Sabri berkata, sudah tiba masanya dia melakukan sesuatu yang baharu dalam karier seni memandangkan sudah 12 tahun dia menyertai pertandingan realiti komedi.

"Sudah hampir 12 tahun saya berada dalam industri sampai kadang-kadang terfikir sampai bila saya nak masuk program realiti lawak.

"Saya memang suka hiburkan orang tapi bukan sekadar melawak sahaja, mungkin ke arah nyanyian dan lakonan tetapi sekiranya diberi peluang saya mahu jadi tenaga pengajar pula," katanya kepada mStar.

Chiwan berkata, dengan pengalaman yang ada sebelum ini, dia yakin dapat mencurahkan ilmu kepada bakat baharu dunia komedi dalam menjadikan mereka pelawak berkualiti di atas pentas.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi