suria

Selalu jadi mangsa ‘body shaming’, Dina Nadzir terkilan netizen hina di IG radio… “Saya akan lebih berhati-hati tentang pemakaian”

MENJADI mangsa ‘body shaming’ sejak kecil lagi, penyanyi Dina Nadzir berkata dia terpanggil untuk menyuarakan mengenai perkara itu selepas menerima beberapa komen hinaan mengenai tubuh badan di media sosial.

Kata Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 37, orang ramai mungkin tidak mengetahui dia berusaha keras untuk mengurangkan berat badan kebelakangan ini.

“Saya sebenarnya tengah diet dan orang keliling saya saja yang tahu betapa saya struggle untuk nak turunkan tujuh kilogram dalam sebulan ini.

“Mungkin saya juga terusik dengan komen tersebut sebab orang itu tak tahu saya tengah struggle.

“Dari segi kesihatan mental, Alhamdulillah saya tak terlalu terkesan sangat sebab saya dah kena perkara ini dari kecil lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Dina memberitahu dia mahu kembali aktif sebagai penyanyi dengan menggunakan platform Gegar Vaganza sebagai titik permulaan.

Dina akan bersaing dengan 12 peserta lain bagi merebut gelaran juara antaranya Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah, Bob Yusof dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi