suria

Dua bulan kahwin, Danial Zaini kadang-kadang terlupa sudah ada isteri… Belum sempat ‘honeymoon’

SELEPAS dua bulan mendirikan rumah tangga, pelawak Danial Zaini memberitahu dia dan isteri masih belum berkesempatan untuk berbulan madu.

Bercakap mengenai zuriat, Danial, 29, berkata dia dan isteri Yasmine Umaira tidak membuat family planning dan hanya menunggu rezeki itu.

“Rancangannya nak pergi berbulan madu hujung tahun ini tapi tengok pada jadual saya macam mana.

“Untuk ada anak pertama kami tiada perancangan.

“Kami cuba je, kalau tembakan dan lepas itu kena cantik. Ada la tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Danial dan Yasmine selamat diijab kabul pada 2 Julai 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi