suria

Trend tunjuk reaksi ‘happy’ selepas bercerai tak patut jadi content media sosial, PU Syed bimbang video timbul fitnah

PENDAKWAH bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menegur tindakan segelintir individu yang mengikut trend memuat naik video menunjukkan reaksi gembira selepas sah bercerai dengan pasangan mereka.

Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, trend sedemikian harus dielakkan dan tidak sepatutnya hal penceraian dijadikan konten media sosial.

“Dia nak menunjukkan gembira dengan senyum ke... ucap Alhamdulillah ke... itu tidak menjadi masalah!

“Ia akan jadi isu apabila trend tersebut akan jadi ikutan.

“Sebenarnya bukan nak tunjuk kegembiraan mereka tapi asalnya nak jadikan perkara tersebut sebagai content sahaja dalam media sosial dan perlu kita elakkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, PU Syed sempat berkongsi mengenai sikap msyarakat dulu yang malu jika mereka perlu menghadapi situasi penceraian dalam rumah tangga.

“Orang dulu kala dalam bab penceraian ni kadang-kadang malu nak tunjuk yang mereka sudah diceraikan.

“Malu... mereka ada sifat malu tersebut!” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi