suria

Suka dengar slang bahasa Inggeris kanak-kanak 9 tahun ini, ada netizen kata macam Zahirah Macwilson… “Dia suka tiru British accent”

TULAR di aplikasi Tik Tok perkongsian video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun fasih bertutur dalam berbahasa Inggeris.

Video itu meraih perhatian netizen apabila kanak-kanak bernama Nur Ayessha atau Zaza itu meniru gaya percakapan dan loghat seperti pelakon Zahirah Macwilson.

Menurut ibunya iaitu Nonie , 41, dia sendiri terkejut kerana anaknya mempunyai kebolehan untuk meniru gaya percakapan aktres cantik itu.

“Saya macam tak sedar pun yang dia boleh meniru loghat percakapan macam Zahirah tapi selepas baca komen netizen baru saya tahu.

“Saya merupakan guru bahasa Melayu dan tidak pernah mengajar atau bercakap dengan gaya loghat British macam ini, jadi anak saya mungkin terdedah dengan persekitaran sekelilingnya.

“Anak saya banyak belajar di tempat asuhan, kelas dan berbual antara rakan-rakan kebanyakkannya menggunakan bahasa Inggeris,” kata Cikgu Noni kepada mStar.

Dalam pada itu, anak tunggal kepada cikgu Noni ini turut menjadi mangsa kecaman warga netizen kerana dikatakan seperti terlalu riyak dan menunjuk-nunjuk kerana fasih dalam berbahasa Inggeris.

“Masa awal-awal kemunculan Zaza dalam Tik Tok memang teruk dikecam malah akaun pun kena sekat sebab komen negatif, tapi selepas tiga bulan akhirnya semua memberikan komen positif dan bertanyakan bagaimana saya mendidik anak sehingga fasih berbahasa Inggeris.

“Mula-mula ada yang berkata anak saya ni macam buat-buat loghat ni tapi selepas lama-kelamaan ramai yang boleh terima, ibarat tak kenal maka tidak cinta,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi