suria

Dikenali sebagai ‘CEO Anjing’, TikToker Faiz Aizif nafi mula lupa diri… Akhirnya impian jadi penyanyi tercapai

DIKENALI dengan gelaran CEO Anjing, selebriti media sosial bernama Faiz Aizif dikatakan sudah mula lupa diri setelah semakin popular.

Kata Faiz atau nama sebenar Muhammad Faiz Basirun, 20, dia masih orang yang sama dan meneruskan

kerja amal memberikan makanan kepada haiwan liar itu.

“Faiz sekarang memang sibuk dengan bekerja sampai kadang tak sempat nak buat live bagi anjing makan.

“Tapi tak bermakna Faiz tak bagi makan anjing, kalau tengok rumah saya makanan anjing penuh dah macam mini market.

“Dan seandainya saya tak sempat, memang ada orang dekat sana yang diupah tolong beri anjing makan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Faiz bakal bergelar penyanyi apabila bakal tampil dengan single pertama duet bersama seorang wanita yang masih dirahsiakan identitinya.

“Memang keinginan nak keluarkan single tu dah lama.

“Tapi mungkin berkat kesabaran Alhamdulillah tahun ni Allah permudahkan Faiz boleh keluarkan single,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi