suria

Sweet Qismina, Adam Lee berdebar bilang hari bahagia... Mohon doa peminat agar majlis dipermudahkan

HAMPIR setahun mengikat tali pertunangan, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee tidak sabar menanti hari bahagia mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kata Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, dia dan Adam berharap peminat dapat mendoakan agar segala perancangan yang diatur direalisasikan dengan sempurna.

“Syukur ramai mendoakan baik-baik dan semoga apa kita rancang dipermudahkan!

“Bila orang tahu tentang hubungan kami ia memberikan kami satu kesedaran untuk menjaga batas.

“Ia satu ingatan dan nasihat orang ramai. Kami pun banyak meluangkan masa bersama keluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sweet dan Adam tampil sebagai watak cameo dalam filem Seratus yang menampilkan 100 orang pelakon.

Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi