suria

“Tak suka cakap depan-depan” - Ogy Ahmad Daud tegur netizen tiada adab, berani hentam di media sosial

PELAKON Fauziah Ahmad Daud meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tindakan segelintir netizen yang dilihat tidak beradab dalam menggunakan media sosial.

Ini selepas Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy melihat ramai selebriti menjadi mangsa buli siber dan menerima kecaman hebat netizen.

Justeru itu, Fauziah, 60, menasihati netizen supaya lebih beradab dalam pengunaan kata-kata di media sosial kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.

“Pilihan itu terletak kepada kita, jadi kita juga diberikan dan harus cerdik menggunakannya... adakah kita ingin memberi peluang dan ruang untuk dikecam serta menyebarkan cerita sedangkan mereka tidak tahu, hanya tulis berdasarkan kapsyen saja.

“Selalu saya bertanya, di mana letaknya adab sekarang ini kerana kata-kata yang digunakan itu tidak beradab dan agak terperanjat melihatnya sewaktu di awal kemunculan media sosial ini, adakah mereka tidak mendapat didikan di rumah?.

“Islam bukan hanya sekadar untuk menjaga aurat dan sebagainya tetapi lisan, kenapa tidak menjaga lisan kerana ia lebih bahaya dan jangan disebabkan lisan itu akan membawa ke arah neraka Allah.. itu yang saya amat takuti,” kata Fauziah kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi