suria

“Life must go on!” - Nad Zainal jadikan perceraian sebagai iktibar, sudah susun beberapa perancangan

SELEPAS sebulan ditakdirkan berpisah dengan Muhammad Faliq Amiruddin, pelakon Nad Zainal berkata dia kini dalam keadaan baik dan enggan bermusuhan dengan bekas suaminya itu.

Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca perpisahannya itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal, 30, berkata dia mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya seni.

“Alhamdulilah saya okay dan tahu ramai yang terkejut dengan berita penceraian ini, bukan apa sebab saya sejenis yang tidak suka untuk uar-uarkan kisah saya.. tak perlu risau sebab sehingga sekarang pun ramai yang dm bertanyakan khabar.

“Hubungan saya dengan bekas suami masih okay dan bertegur sapa, lagipun anak-anak masih boleh berjumpa dengannya.

“Saya rasa sesiapa saja yang melalui fasa penceraian ini pasti akan sedih kerana tidak mahukan kegagalan dalam perkahwinan tapi hidup haruskan diteruskan juga dan kena ambil iktibar semoga tidak lagi berulang lagi,” kata Nad kepada mStar.

Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua anak, Fahad Ibrahim, 6, serta Budi Kalsom, 1.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi