suria

Malang tak berbau! Afieq Shazwan seram tengok lutut terkeluar, tak boleh lincah macam dulu

SELEPAS mengalami kecederaan pada lutut kiri, penyanyi Afieq Shazwan memberitahu dia kini tidak lagi mampu melakukan aktiviti lasak seperti dahulu.

Kata Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, insiden tidak diduga itu berlaku sewaktu dia melakukan aktiviti sukan badminton bersama rakan-rakan, baru-baru ini.

“Masa mulanya saya ingatkan lutut saya ni tiada apa pun, ingat terkehel atau terseliuh tapi bila berjumpa doktor esoknya lutut saya mula membengkak. Kemudian bila bangun pagi nak pijak lantai rasa lutut tidak lagi macam dulu.

“Saya rasa lain macam sebab lutut pada ketika itu tidak berada di posisi yang betul dan bergerak-gerak... saya terkena kecederaan ini dua minggu lalu sewaktu bermain badminton bersama beberapa rakan artis yang lain,” kata Afieq kepada mStar.

Dalam pada itu, Afieq berkata kecederaan pada lututnya ini turut memberi kesan kepada kerjaya seninya sebagai pelakon dan penyanyi.

“Kalau dulu saya boleh aktif dan boleh melompat dan berlari sambil naik ke pentas... tetapi sekarang tidak lagi! Baru baru ini saya ada pergi ke Johor untuk persembahan, semasa nak naik tangga pentas saya pegang lutut sebab sakit tapi masih teruskan menyanyi.

“Pada waktu tu baru sedar yang saya cedera pada lutut, kadang-kadang terlupa sebab ingat sihat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi