suria

“Bila ada boyfriend dia lebih jaga penampilan” - Vida bagi ‘green light’ Cik B cari kekasih, restu kalau anak kahwin muda

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida berharap anak sulungnya iaitu Cik B cepat-cepat memiliki teman lelaki atau kekasih.

Kata Vida atau Hasmiza Othman, 51, dia sudah tidak sabar untuk menimang cucu dan tidak kisah jika Cik B berkahwin sejurus menamatkan zaman persekolahan.

“Saya tahu Cik B pandai jaga diri dan dia memang tak nak ada teman lelaki.

“Tapi saya kata Cik B kena cari teman lelaki sebab saya tak nak bila dia dah tua baru nak cari teman lelaki, tak boleh!

“Sekarang ni umur 20 pun orang dah nikah, saya pun nak kena cepat-cepat dapat cucu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Vida menjadi cameo duet bersama penyanyi Alyph dalam single terbaharu berjudul Swipe.

Untuk lagu terbaharu, Vida berkata dia tidak menggunakan sebarang teknik marketing seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Tidak ada viral atau gimik yang akan membuatkan netizen kecam untuk lagu ini.

“Sejujurnya saya akui susah nak naik kalau mereka di luar sana tak kongsi lagu ni... sebab kalau benda negatif orang tengok sekejap saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi