suria

Lagu pertama ‘meletup’ buatkan Treehill terlalu selesa… hampir ‘give up’ single baharu kurang sambutan

KUMPULAN Treehill berkata mereka tidak akan berputus asa untuk terus menghasilkan karya lagu baharu meskipun kurang mendapat sambutan peminat.

Kata pemain gitar iaitu Aiman, kesilapan percaturan dalam karier seni mungkin menjadi faktor menyebabkan populariti kumpulan ini jatuh menjunam.

“Bermula dengan lagu Terbang pada 2018 dan masa itu kami terkejut dengan penerimaan hebat orang ramai... tak sangka lagu masuk carta radio, dapat banyak jemputan jadi kami rasa selesa dengan karier buat masa tu dan akhirnya gagal.

“Single pertama dan kedua kami over confident... 2018 hingga ke 2022 banyak mengajar kami mengenai industri hiburan ini, jangan terlampau selesa.

“Lama juga kami cuba nak move on sebab banyak juga kos yang kami sudah peruntukkan untuk hasilkan lagu sebelum ini, agak down sebenarnya tapi bila kami bincang dan fikir untuk langkah seterusnya... yang penting kena hasilkan karya untuk peminat bukan syok sendiri,” kata Aiman kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi