suria

Ramai puji penampilan Syafinaz Selamat di GV9, rupanya sejak kecil dah pandai bergaya

PENYANYI yang juga merupakan juri tetap program nyanyian Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Datuk Syafinaz Selamat menegur tindakan segelintir penonton menulis komen kecaman terhadap juri yang menggantikannya pada konsert minggu ketujuh iaitu Datin Marlia Musa.

Tampil mengulas kritikan netizen terhadap penjurian Marlia, Syafinaz, 49, berkata isteri Datuk M. Nasir itu bukan calang-calang orang dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang seni terutamanya lakonan.

“Setiap orang boleh mempunyai pendapat tersendiri dan Datin Marlia bukan calang-calang orang.

“Dia dah lama dalam bidang ini dan pengetahuan luas mengenai lakonan... seni lakonan ini juga berkait dengan penyanyi.

“Jadi apa yang dia berikan itu kita kena tengok dari aspek yang positif dan kalau kita tengok negatif ia akan jadi negatif, katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafinaz turut berkongsi mengenai penampilannya yang sering dipuji penonton.

Dalam perkembangan lain, Datuk Syafinaz terlibat dalam program terbaharu Astro iaitu All Together Now Malaysia musim kedua sebagai kapten daripada 50 juri yang terlibat.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi