suria

Rahim Razali pesan orang muda kena ‘cool’, rahsia kekal sihat

PADA usia 83 tahun, pelakon veteran Datuk Rahim Razali bersyukur masih diberi kesihatan yang baik dan membolehkan dia aktif menyumbang bakat dalam drama mahupun filem.

Rahim atau Abdul Rahman Razali berkata, tawaran lakonan masih tidak putus namun hanya mengambil projek bersesuaian memandangkan kudrat untuk bekerja sudah tidak seperti dahulu.

"Alhamdulillah sehingga kini masih ada lagi tawaran berlakon drama, filem dan sebagainya.

"Tetapi buat masa sekarang, saya pilih untuk mengambil tawaran tertentu sahaja yang tak memerlukan tempoh panjang seperti drama berepisod," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rahim berkata, meskipun tenaganya sudah tidak seperti dulu namun dia bukan seorang yang boleh duduk diam dan perlu melakukan sesuatu.

Kata Rahim, itu antara cara bagi membolehkan dia bergerak aktif dan tidak berada dalam keadaan tertekan akibat tidak berbuat apa-apa.

"Saya tiada tip tertentu kekal sihat tapi saya seorang yang tak boleh duduk diam dan perlu bergerak aktif agar otak boleh bekerja.

"Rasanya kalau duduk diam-diam dalam rumah, itu menyebabkan pelbagai penyakit datang," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi