suria

Daiyan Trisha risau isu perkauman galak dibangkitkan di media sosial, lantang bersuara kerana mahu rakyat bersatu

PENYANYI Daiyan Trisha meminta netizen lebih berhati-hati dalam pengunaan media sosial dan tidak menyebarkan sesuatu perkara yang boleh menyentuh sentimen perkauman.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, berkata dia memandang serius mengenai perkara ini dan sebagai selebriti menjadi tugasnya untuk menyebarkan perkara positif kepada pengikut.

“Tujuan saya memuat naik posting tersebut untuk sebarkan perkara positif kepada semua pengikut saya, memandangkan saya ada platform yang betul jadi tidak salah untuk gunakannya... ramai yang bangkitkan isu peristiwa tidak sepatutnya di media sosial hingga kurang disenangi dan menyebabkan berlakunya perpecahan kaum.

“Isu perkauman ni sepatutnya makin berkurangan bukannya makin menjadi besar serta bermasalah, kalau nak bercerita mengenai takut hilang follower atau tidak mendapat tawaran ke sekirnya saya outspoken... saya tidak kisah kerana rezeki daripada Allah.

“Saya memuatnaik posting tu tiada niat apa-apa cuma hanya untuk kesejahteraan dan keharmonian semua bangsa,” kata Daiyan pada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi