suria

Nampak lembut dan senang dibuli, Shiqin Kamal belajar Muay Thai ubah persepsi masyarakat

WALAUPUN mempunyai rupa paras yang ayu dan lemah lembut bukan penghalang pelakon Shiqin Kamal melibatkan diri dalam aktiviti lasak termasuk seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai.

Shikin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal berkata, tujuan dia menyertai sukan lasak itu bukan sahaja bagi melindungi diri tetapi membuktikan kemampuan sebenar wanita yang sering dipandang rendah oleh segelintir kaum lelaki.

"Lelaki tak boleh pandang rendah dekat kaum wanita sebab sebelum ini ada yang berbuat demikian kepada saya, maklumlah perwatakan saya yang lemah lembut membuatkan orang rasa saya senang dibuli.

"Macam sebelum ini ada seorang lelaki itu ingat saya tak boleh mendaki bukit sebab saya memakai solekan dan gemar memakai kasut tumit tinggi tetapi sebaliknya berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Shiqin berharap mentaliti menganggap kaum wanita lemah perlu dibuang dan masyarakat harus lebih menghormati dan tidak memandang rendah terhadap golongan itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi