suria

Bapa tak pernah tengok Nad Zainal sakit teruk, minta peminat terus doa cepat sembuh

BAPA kepada pelakon Nad Zainal iaitu Zainal Abidin berkata inilah kali pertama dia melihat anaknya menanggung kesakitan paling teruk dalam hidup.

Kata Zainal, 63, sebelum ini anaknya itu pernah dijangkiti Covid-19, namun kesannya tidaklah seteruk apa yang berlaku sekarang ini.

“Dia pernah kena Covid tapi tak seteruk macam situasi sekarang.

“Biasa kalau Covid dalam seminggu dah boleh baik dan tiadalah sampai masuk ke wad.

“Kali ini memang sakit yang paling teruklah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zainal juga berkongsi mengenai keadaan dua orang cucunya selepas Nad dimasukkan ke hospital.

“Yang kecil tu tak tahu apa-apa tapi yang besar adalah tanya sebab tadi dia ada ikut ke hospital.

“Dia faham... cuma yang kecil tu masih tak tahu apa-apa,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi