suria

Memori Berkasih lagu wajib Siti Nordiana ketika buat persembahan pentas, ubat kerinduan peminat terhadap Achik Spin

PENYANYI Siti Nordiana memberitahu sehingga ke hari ini dia sentiasa mendapat permintaan dalam kalangan peminat untuk menyanyikan lagu-lagu duet bersama Allahyarham Achik Spin setiap kali mengadakan persembahan.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana berkata, peminat masih tidak boleh melupakan lagu-lagu duet mereka dan memintanya menyanyikan lagu Memori Berkasih sebagai melepaskan rindu terhadap arwah.

"Nana tak boleh nak cakap apa sebab rasa bangga dengan lagu Memori Berkasih itu, sebenarnya ramai peminat arwah Achik yang merindui lagu itu.

"Lagu Memori Berkasih memang Nana akan nyanyi dalam setiap persembahan, wajib ada kalau tidak mereka akan hampa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nana memberitahu disebabkan itu juga lagu berkenaan malar segar dan mula dikenali dalam kalangan pendengar generasi baharu.

"Apa yang best ada peminat zaman Nana muda dulu tapi sekarang sudah berkeluarga dan anak-anak pun sudah besar dan tahu lagu tersebut.

"Ada yang datang ke persembahan Nana bawa anak-anak, itu membuatkan saya rasa terharu dan lagu itu dikenali dalam kalangan pendengar muda," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi