BERMULA dengan modal hanya RM500, Shikin Maembong meluahkan rasa syukur apabila jualan popia pisang yang diusahakan membuahkan hasil menguntungkan.
Kata Shikin, idea perniagaan itu timbul apabila dia terdesak kerana tiada pendapatan semasa pandemik Covid-19, dua tahun lalu.
Menerusi segmen #Bizibody, mStar berpeluang untuk melihat sendiri gerai Cekopis milik Shikin Maembong yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Shikin juga memaklumkan dia bersyukur apabila hubungan bersama bekas bapa mertua iaitu Chef Wan kini sudah semakin baik.
TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI