suria

Macam tak percaya dah ada anak, Alieff Irfan dan isteri belum sedia dedah wajah bayi kembar… “Tunggu besar sikit”

ISTERI kepada personaliti media sosial terkenal Alief Irfan iaitu Bella memberitahu buat masa ini dia dan suami memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial.

Bella atau nama sebenarnya Nur Nabilah Aliah, 26, berkata mereka enggan bayi kembar yang baru berusia dua bulan itu terpalit dengan komen negatif netizen.

“Bella minta maaf sebab belum tunjuk lagi wajah anak kepada semua sebab saya ada perasaan takut dan ada anxiety serta bipolar, dekat sosial media tak semua orang suka kita atau benci.

“Kadang-kadang orang benci kita tapi takut dia buat perkara buruk dekat anak pula, kalau ikutkan saya nak kongsi dan bukannya kedekut... kalau jumpa dekat luar pun untuk tengok anak Bella dan Alief tak ada masalah.

“Lagipun biarlah mereka membesar dahulu dalam beberapa bulan kemudian akan dedahkan kepada semua, saya harap anda semua hormat keputusan Bella ini,” kata Bella kepada mStar.

Alief Irfan dan isterinya Bella telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Ayla Malaiqa dan Ayden Maleeq pada 31 Ogos lalu.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi