suria

[V] “No news is a good news” - Noorkumalasari lebih selesa tak tahu tentang Anita Sarawak, hanya berhubung dengan kakak sulung

KEHILANGAN penyanyi Anita Sarawak yang membawa diri ke luar negara sejak 2011 terus menjadi tanda tanya sehinggakan adiknya sendiri iaitu pelakon Noorkumalasari sudah terputus hubungan dengannya.

Noorkumalasari atau mesra disapa Noor, 66, berkata, dia sebenarnya lebih senang tidak mengetahui keadaan kakaknya itu memandangkan Anita memilih untuk menjauhkan diri.

"Maaflah... tiada berita. No news is a good news. Saya ambil pendekatan begitu. Dia pun tidak ada berhubung dengan saya sejak sekian lama. Dia hanya menghubungi kakak sulung kami kerana tahu saya dekat dengan media di sini.

"Saya pun suka apabila dia tidak berkirim khabar. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menipu atau rasa bersalah jika ditanya mengenainya.

noorkumalasari 2

Noor sendiri tidak tahu di mana Anita berada.

"Mungkin juga dia tidak mahu saya berada dalam situasi sebegitu," katanya kepada mStar.

Noor ditemui ketika sesi forum bertajuk Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? diadakan pada Isnin bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak terjawab, penulis lirik Slen Fadzil terima panggilan mengejutkan... Sangkal dakwaan sakit dan sudah bercerai

Program tersebut anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai acara sampingan sempena Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Sementara itu, Noor menafikan khabar angin yang heboh diperkatakan sebelum ini tentang kesihatan Anita sehingga ia menjadi punca penyanyi itu menyepi.

"Ada juga dengar cerita itu tapi ia hanya khabar angin sahaja. Kakak kami maklumkan keadaannya sihat.

Saya pun suka apabila dia tidak berkirim khabar.

NOORKUMALASARI

PELAKON

"Saya yakin jika Anita atau suaminya sakit, Anita pasti akan maklumkan kepada kakak kerana mereka sering berhubung," ujarnya.

Dalam pada itu, Noor tidak terfikir untuk menjejak keberadaan Anita kerana bimbang kehadirannya nanti tidak diterima kakaknya itu.

Malah anak kepada pasangan pelakon Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum ini juga berharap Anita tidak memberi layanan buruk jika ada mana-mana pihak yang ingin bertemu dengannya.

anita sarawak 1

Kehilangan Anita terus jadi tanda tanya.

“Saya takut kecewa jika berusaha mencari dia kerana sebelum ini pernah berlaku apabila seorang wartawan Malaysia cuba menjejakinya tetapi seolah-olah dia tidak mahu bertemu.

“Bagi saya jika ada orang ingin berjumpa tidak ada masalah. Meskipun tanpa sebarang berita di media, boleh sahaja dia kongsi khabar,” jelasnya.

Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain