suria

[V] Konsert New Boyz ‘sold out’ dalam masa 24 jam, Tomok dedah keluar wang sendiri demi hiburkan peminat

DEMI menghiburkan peminat yang masih menyokong New Boyz, penyanyi Tomok sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi penganjuran konsert selama dua malam itu bersama anggota lain kumpulan berkenaan.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, dia pernah berusaha mencari penaja namun tiada pihak sudi bekerjasama menganjurkan konsert yang bakal berlangsung di PJ Performing Arts Centre (PJPAC) pada 10 dan 11 Februari 2023.

"Saya sudah tempah dewan berkenaan sejak Mei lalu. Sebelum ini pernah cari penaja tetapi tidak berjaya. Jadi saya kumpul duit sikit-sikit untuk penganjuran konsert tersebut.

"Bagi saya ini adalah satu penghargaan buat peminat. Saya ingin bawa dan imbau kembali lagu-lagu yang mereka suka ketika zaman remaja dulu kerana tahu rata-rata peminat sekarang sudah berumah tangga," katanya kepada mStar.

tomok 11

Tomok mengeluarkan belanja ratusan ribu untuk penganjuran konsert bersama New Boyz.

Tomok ditemui selepas tamat mengadakan persembahan di peringkat suku akhir program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Meluahkan rasa syukur konsert tiket tersebut habis dijual dalam tempoh 24 jam, Tomok juga menganggap ia pembakar semangat untuk melakukan persembahan terbaik buat peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tomok tak simpan ‘taring’, Ramli MS bagi markah tertinggi sepanjang musim GV

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal sesuai lagu tapi ada peserta lebih bagus, Asheed (Def Gab C) tersingkir suku akhir GV9

“Tak sangka dalam masa 24 jam ia habis terjual. Terima kasih kepada semua yang membantu mempromosikan konsert itu. Mungkin juga ini adalah kesan saya menyertai GV9.

“Ada yang minta konsert tersebut dibuat selama tiga malam, tetapi melihat kepada senarai lagu yang akan dinyanyikan saya rasa tak mampu. Jika ada rezeki nanti mungkin saya akan adakan konsert di tempat yang lebih besar,” ujarnya.

Jika ada rezeki nanti mungkin saya akan adakan konsert di tempat yang lebih besar

TOMOK

PENYANYI

Sementara itu bercakap tentang persembahan lagu Awas, Tomok akui ada sedikit kesilapan sehingga dia mendapat komen kurang baik dari juri tetap Datuk Ramli MS.

Malah kata Tomok, hatinya turut terdetik bakal tersingkir namun memohon tidak menyalahkan Bob Yusof kerana tema malam tersebut adalah lagu-lagu pilihan rakan perserta GV9 yang lain.

tomok 12

Persembahan Tomok di peringkat suku akhir GV9 kurang memuaskan.

“Selama lapan minggu dapat komen positif, tiba-tiba perkara begini terjadi di suku akhir. Memang ada rasa down. Selepas membuat persembahan, saya hubungi isteri di rumah dan dia juga katakan nyanyian saya kurang bagus.

“Dalam hati ada juga terdetik akan tersingkir. Selain itu saya fikir mungkin ada dua penyingkiran pada malam itu. Memang tak senang duduk selepas buat persembahan.

“Lagu tersebut dipilih oleh Bob, namun ia sudah ada dalam senarai awal wish list saya. Jadi janganlah salahkan dia kerana persembahan saya itu,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain