suria

Rozita Che Wan tunai janji, lapan biji kek simbolik sambutan hari jadi Aaisyah 

Majlis hari jadi Aaisyah disambut meriah.

PELAKON Rozita Che Wan menunaikan janji untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah.

Tidak hanya mengadakan majlis penuh gemilang, Rozita, 49, turut menyediakan lapan biji kek sebagai simbolik kepada usia anak perempuan tunggalnya itu.

"Lapan tahun lapan kek," kongsi Rozita atau Che Ta menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Che Ta tunai janji sambut majlis ulang tahun Aaisyah secara besar-besaran.

Difahamkan, majlis bertemakan merah jambu itu diadakan di sebuah restoran terkemuka yang turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Bukan sahaja kek, penampilan Aaisyah pada majlis itu turut mencuri perhatian yang menggayakan gaun beropol warna merah jambu siap bersolek.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaisyah Dhia Rana dijangkiti Covid-19 pada hari jadi ke-8, Rozita Che Wan janji sambutan meriah selepas sembuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan berbaloi! Rozita Che Wan luah rasa syukur, bangga anak sulung pula tamat pengajian

Meninjau ke ruang komen, rata-rata terpegun dengan lapan buah kek yang disediakan Che Ta sambil menyifatkan Aaisyah seorang anak yang bertuah mendapat ibu seperti pelakon Kiah Pekasam tersebut.

"Masya Allah, nanti 18 tahun, 18 kek ke? Happy Birthday Aaisyah.

315353672_881245753255148_6021323237474514241_n

Majlis ulang tahun Aaisyah dihadiri suadara terdekat.

"Comel sangat, lapan kek sekali gus. Happy Birthday.

"Dah macam Gunung Ledang. Untung yang buat kek itu," tulis netizen.

Sebelum ini, Che Ta terpaksa menunda majlis ulang tahun kelahiran anaknya pada 1 November lalu selepas kanak-kanak itu disahkan positif Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain