suria

Elizabeth Tan dan suami naik motosikal redah hujan, tak malu mengaku tiada kereta

Elizabeth Tan selesa bonceng motosikal bersama suami.

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan tidak malu mengakui dia dan suami, Dr Siew Jim tidak mempunyai kereta sejak mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Sebaliknya kata Elizabeth atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy, 29, mereka hanya bergantung kepada motosikal sekiranya ingin bergerak ke mana-mana.

Perkara itu dikongsikan Lizzy menerusi akaun TikTok miliknya yang pada awalnya memuat naik reaksi teruja Dr Siew yang membeli permainan video Play Station 5 (PS5).

Bagaimanapun, dia dan suami terpaksa membawa pulang PS5 yang dibeli menggunakan motosikal memandangkan tidak mempunyai kereta.

Suami Elizabeth Tan gigih bawa pulang PS5 dengan motosikal.

"Bila teruja dapat beli PS5 tapi kena naik motosikal. Kita berdua memang tiada kereta," katanya.

Tidak hanya itu, netizen kagum apabila selebriti popular seperti Lizzy sanggup meredah hujan lebat bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan sedang usaha hamil, teruja tengok kawan-kawan ada anak... Siap dah fikir nama lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika itu saya belum kahwin” - Cium pipi Jay Iswazir dalam ‘Abang Long Fadil 3’, Elizabeth Tan dedah bukan teknik kamera

Dalam video tersebut, Dr Siew turut meletakkan PS5 yang dibeli dalam sebuah beg berwarna hitam selepas dibungkus dalam plastik bagi mengelak ia terkena air hujan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-rata melahirkan rasa kagum terhadap sikap merendah diri pasangan itu.

Malah ramai berkongsi pengalaman hanya memiliki motosikal pada awal perkahwinan dan menyifatkan ia antara kenangan manis bagi pasangan suami isteri.

Elizabeth Tan mengaku tiada kereta.

"Harapnya PS5 sampai rumah dalam keadaan yang selamat. Dia punya jaga PD5 macam jaga isteri.

"Menunggang motosikal lebih senang di Kuala Lumpur, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas. Dulu kami mula-mula kahwin pun naik motosikal juga," antara komen netizen.

Untuk rekod, bintang filem Misteri Dilaila itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Siew, 31, pada 21 Mac 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain