suria

Pakai kostum Maleficent dikecam peminat, Fasha Sandha perjelas hanya untuk suka-suka

Fasha Sandha kena kecam pakai kostum Maleficent.

PERKONGSIAN foto mengenakan kostum watak sebagai Maleficent mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat pelakon Fasha Sandha.

Tidak hanya Fasha, tiga anaknya iaitu Putra Rayfal, Putri Raysa Jemaima dan Aisha Amaira turut mengenakan kostum dipercayai ketika menghadiri parti di kawasan kejiranan mereka.

Rata-rata berpendapat aktres terkenal itu menghadiri parti Halloween berdasarkan kostum dikenakan.

Ramai menyatakan Fasha tidak sepatutnya meraikan perayaan tersebut memandangkan ia dilarang dalam ajaran agama Islam.

Fasha dikecam netizen kerana mengenakan pakaian ala Maleficent.

"Haram tetap haram. Kita tidak boleh sambut dan meraikan. Orang tegur kerana peduli dan ambil berat.

"Daripada segi penampilan memang nampak sambutan Halloween. Islam tidak mengajar kita menyerupai bentuk syaitan," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas, Fasha Sandha profesional dan tahu batasan dengan pelakon lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka 2 dekad bergelar pelakon, Fasha Sandha masih tuntut ilmu dengan Fauziah Nawi

Menjelaskan perkara itu, Fasha, 38, berkata, dia mengenakan kostum berkenaan sekadar suka-suka bagi memenuhi tema majlis yang diadakan.

"Hari pakaian beragam dan karakter di 'Kejirananku Bukan Kejirananmu. Just for fun," tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan di Instagram.

Hari pakaian beragam dan karakter. Just for fun.

FASHA SANDHA

PELAKON

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan pengikutnya memuji penampilan Fasha yang disifatkan menarik dan bersesuaian dengannya.

"Wow cantik! Solekan Maleficent sangat on point.

"Tak baik sambut Halloween, tapi comel-comel pula mereka dengan kostum itu," komen netizen lagi.

Ada juga yang puji penampilan Fasha Sandha.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Fasha menyambut perayaan Halloween ataupun sekadar mengenakan pakaian tersebut sebagai tema di sebuah acara majlis.

Untuk makluman, hukum perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam kerana ia merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian.

Bahkan, sambutan itu adalah demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain