suria

Konsert ‘sold out’, penganjur sudah rancang konsert Noah dalam skala besar tahun depan

Noah berpuas hati hiburkan peminat di Malaysia.

SAMBUTAN hangat peminat terhadap konsert Noah Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL pada malam Sabtu mendorong pihak penganjur iaitu Yolo Malaysia untuk kembali membawa band tersebut tahun hadapan.

Penerbit Eksekutif Yolo Malaysia, Haniff Hamzah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan konsert berskala besar untuk Noah selepas melihat reaksi penonton yang melahirkan rasa puas hati dengan persembahan bertenaga kumpulan berkenaan.

"Penonton yang hadir memberikan respon positif dan menyatakan kerinduan mereka terubat selepas menyaksikan persembahan Noah tanpa henti selama 90 minit.

noah 3

Persembahan bertenaga Noah menghiburkan peminat.

"Oleh kerana sambutan memberangsangkan, Yolo Malaysia sudah pun membuat perancangan Yolo X Noah 2023 dengan ruang lebih besar tahun hadapan," katanya.

Terdahulu, Noah yang dianggotai oleh Ariel selaku vokalis, Lukman (gitaris) dan David (keyboard) menyampaikan hampir 20 buah lagi dihadapan 2,500 peminat.

Antara lagu yang menggegarkan Zepp KL adalah Menghapus Jejakmu, Separuh Aku, Yang Terdalam, Bintang Di Surga dan Mungkin Nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa terkejut Chakra Khan datang konsert di KL, busana RM235,000 curi tumpuan sempena 25 tahun jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 10 tahun berbaloi, Maliq & D'Essentials puas dapat hiburkan peminat di Malaysia

Menariknya mengenai konsert ini, pembeli tiket juga dibekalkan dengan gelang tangan LED yang akan mengeluarkan cahaya mengikut irama muzik sepanjang konsert.

Kata Hanif, ini merupakan kali pertama gajet sedemikian digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu.

noah 2

Ariel terus menjadi kegilaan peminat Noah di Malaysia.

"Peminat juga diberikan sekeping kad dengan paparan wajah anggota Noah sebagai kenangan menghadiri konsert," jelasnya.

Sementara itu Noah sendiri meluahkan rasa puas hati dengan keseluruhan perjalanan konsert terutamanya sistem bunyi di Zepp KL yang mantap.

Apatah lagi peminat yang hadir turut sama menyanyikan semua lagu yang disampaikan pada konsert tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain