SETELAH tiga bulan keberadaan Shuib di Suria FM, penyampai radio Suraya dan Ajak mengakui gandingan mereka bertiga semakin serasi dan dilihat telah memberikan impak positif kepada stesen radio berkenaan.
Kata Suraya atau nama sebenarnya Suraya Borhan, 39, pemilihan Shuib ini adalah tepat untuk mengisi kekosongan segmen Morning Morning Suria kerana mempunyai kelebihan dan pengalaman sebagai penyampai radio sebelum ini.
“Saya ni sebenarnya umpama golongan B40, manakala Ajak dan Shuib adalah T20 walaupun kami tiada sebarang latihan pada mulanya.
“Shuib pula saya tidak pernah bekerja dengan dia dulu, begitu juga dengan Ajak tapi apabila sudah bekerjasama lalu kenal hati budi masing-masing.
“Di saat kami kepincangan iaitu tinggal saya dan Ajak saja, kami lost waktu tu kerana nak berperang dengan stesen radio yang lain tapi tentera sudah tiada, jadi Kak Lin datang bertanya pada saya dan waktu tu memang saya katakan mahu ambil Shuib kerana dia berpengalaman dalam radio,” kata Suraya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI