suria

Sakit tonsil kembali menyerang, Irfan Haris terpaksa jalani pembedahan… “Tapi saya takut suara berubah”

PENYANYI Irfan Haris memberitahu dia sedang mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan tonsil kerana penyakit itu kembali menganggu aktiviti hariannya.

Kata Irfan atau Irfan Haris Othman, 21, doktor mencadangkannya melakukan pembedahan secepat mungkin, namun kekangan masa pembedahan itu mungkin akan dilakukan pada Disember atau Januari depan.

“Doktor suruh saya buat pembedahan, tapi kalau saya buang saya tak boleh nak menyanyi untuk beberapa bulan sebab saya kena berehat.

“Jadi saya cakap kat doktor saya kena tangguhkan dulu sebab nak kosongkan jadual dulu baru saya boleh buat pembedahan.

“Mungkin pada bulan Disember atau Januari tahun depan saya kena buat pembedahan tu juga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi