suria

Netizen tak senang tengok Chombi lebih matang dari usia, anak dara Harry Khalifah jawab kecaman ‘try hard’ jadi dewasa

PENYANYI Chombi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila ada segelintir netizen mempertikaikan rupa parasnya yang dilihat lebih dewasa daripada usia.

Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi, 15, berkata dia mempunyai ramai kenalan lebih berusia yang mungkin menjadi faktor dirinya dilihat perwatakan seperti orang dewasa.

“Saya ada baca komen-komen daripada kalangan netizen... cuma saya ambil positif tentang hal itu, yang negatif saya tolak tepi sebab nanti akan selalu terfikir saja.

“Walaupun saya baru berusia 15 tahun tapi kebanyakan kawan semuanya berusia 20 tahun keatas, lagipun saya tidak ramai kawan yang sama umur dengan saya... memang terbiasa dengan perangai orang dewasa.

“Saya memang ada sedikit terasa hati bila ada yang komen macam tu, lagi pun apa salahnya kami yang berusia 15 tahun ni... saya tak kacau orang pun,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi