suria

Netizen sakit mata tengok aksi Vida menggeletis pakai baju BN... “Buka dada apa? Pakaian saya longgar”

AKSI usahawan sensasi Datuk Seri Vida menari dengan memakai baju menyatakan sokongan terhadap parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Tindakannya Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, dilihat sengaja mahu meraih perhatian kerana menunjukkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tertera pada bahagian dada baju dipakainya.

Tampil menjawab kritikan itu, Vida menjelaskan dia tiada niat mahu menarik perhatian netizen kerana video itu dirakam secara spontan.

“Baju saya tutup awalnya bukan orang nampak pun.

“Tapi masa tu mood saya baju biru... selepas itu saya pun teriak secara spontan.

“Buka dada apanya... saya pakai baju tu bukannya ketat tapi longgar,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi