suria

Sedih tengok anak-anak bergaduh, ibu Sajat pula bersuara… “Kasihan dekat pakcik sampai stres”

KEMELUT membabitkan usahawan sensasi Nur Sajat dan adiknya iaitu Nur Mustika terus menjadi sebutan netizen di media sosial.

Mengulas mengenai isu ini, ibunya iaitu Maimon Omar, 66, berkata walau apa berlaku, dia tetap menyayangi kedua-dua anaknya itu dan berharap mereka kembali berbaik semula.

“Tak kiralah anak itu jahat macam mana sekalipun saya tetap sayang dia.

“Sebab tiada mak di dunia ini yang tak sayang anak.

“Jadi saya tak nak mereka bergaduh sampai mahu berputus saudara... itu tak baik dan tidak dialu-alukan dalam Islam,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Maimon sempat meninggalkan pesanan buat anak lelakinya itu.

“Nak pesan pada Sajat... tak suka diam!

“Sebab bila dia buat macam ini bukan sahaja satu Malaysia tapi satu dunia tahu masalah keluarga,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi